


TENTANG KAMI
Memperkasa Aset, Menjana Keuntungan, Membina Modal Insan Gemilang
Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) Ditubuhkan Pada Tahun 1965. Koperasi Ini Didaftarkan Pada 3hd. Mac 1966 Di Bawah Akta Koperasi 1948. Penubuhannya Adalah Di Atas Inisiatif Beberapa Pegawai Kerajaan Berbangsa Melayu Yang Diketuai Oleh Tan Sri Dato’ Haji Basir Bin Ismail Yang Sedar Betapa Pentingnya Orang-Orang Melayu Melibatkan Diri Dalam Bidang Ekonomi Bagi Meningkatkan Taraf Hidup Mereka.
Mengumpul Modal Di Kalangan Orang Melayu Dan Dilaburkan Dalam Bidang Ekonomi. Oleh Yang Demikian Orang Melayu Dapat Bersatu Untuk Bergerak Dalam Didang Ekonomi. Sebagai Balasannya, Mereka Akan Mendapat Keuntungan Dari Segi Dividen, Bonus Dan Berbagai Faedah Lain Yang Disediakan.
PERKHIDMATAN & SUBSIDIARI
Perkhidmatan
Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut Undang-undang Kecil 7 dan 8, KPMNJ menjalankan aktiviti dan perkhidmatan yang menjana pendapatan mampan dalam mengukuhkan ekonomi Melayu.

Perladangan
KPMNJ menguruskan ladang kelapa sawit seluas 1,858 ekar milik sendiri secara strategik sebagai teras penjanaan pendapatan yang mampan dan berdaya saing.

Ar-Rahnu
Ar-Rahnu KPMNJ memperkukuhkan akses kepada perkhidmatan kewangan melalui 6 cawangan bagi aktiviti pajak gadai Islam yang berlandaskan prinsip Syariah

Kutipan Zakat Korporat
Amil Zakat Harta KPMNJ bertauliah MAINJ (7/27 (70)) menawarkan perkhidmatan konsultasi dan kutipan Zakat Harta.
Subsidiari
KPMNJ disokong oleh empat syarikat subsidiari yang memacu pelbagai aktiviti perkhidmatan secara profesional dan strategik.


KPMJ Properties Sdn Bhd
Pengurusan & Penyelenggaraan Hartanah,
Kontraktor Sivil dan M&E
& Kerja-kerja Pembersihan Pejabat


Executive Travel & Tours Agensi Sdn Bhd
Pelancongan Pengembaran Domestik & Antarabangsa


KPMJ Utama Sdn Bhd
KPMNJ menunaikan tanggungjawab sosial melalui pembayaran zakat korporat bagi manfaat asnaf dan komuniti Johor.


KPMJ Khidmat Sdn Bhd
Agen Takaful & Insurans, Pengurusan Tenaga Kerja Asing, & Pembekal Alat Tulis & Baja
SERTAI KAMI
Keanggotaan KPMNJ
Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada orang-orang Melayu beragama Islam yang mempunyai waris yang sah menetap di Negeri Johor dan Koperasi Melayu yang didaftarkan dibawah Akta sebagai koperasi asas dalam kawasan operasi
ATAU HUBUNGI

Pejabat
+607 223 2050

Keanggotaan
+6019 775 2050

Helpdesk
+60 17-601 2630
HUBUNGI KAMI
Kami Sedia Membantu Anda


Waktu Bekerja
Isnin-Jumaat
8.30 Pagi – 5:30 Petang

No. Telefon

Emel Rasmi

Muat Turun Aplikasi Mudah Alih KPMNJ

Rekod Pelabura
Pantau prestasi dan perkembangan pelaburan anda dalam masa sebenar melalui aplikasi KPMNJ.

Permohonan Anggota
Urusan permohonan bersama Bahagian Keanggotaan kini di hujung jari anda

Berita & Maklumat Terkini
Dapatkan berita, hebahan mesyuarat dan maklumat terkini dengan mudah


Maklumat Terkini Dari KPMNJ
Berita & Pengumuman Terkini
Ikuti perkembangan dan pengumuman rasmi daripada Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ). Kami sentiasa komited untuk memaklumkan ahli mengenai aktiviti, peluang pelaburan, serta inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti Johor.



